SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2015'

AKTIVITI SK TAMBUN

Monday 31 March 2014

'MAJLIS JASAMU DIKENANG' SEMPENA PERSARAAN PN SILVARMALAR A/P MANICKAVASAGAM

Pada 28 Februari 2014, telah berlangsung Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan Penolong Kanan HEM SK Tambun, Puan Silvarmalar a/p Manickavasagam. Aturcara dimulakan pada jam 8 pagi dengan semua warga sekolah berkumpul di Dewan Merdeka untuk meraikan persaraan Puan Silvarmalar. Ramai juga tetamu-tetamu jemputan daripada sekolah-sekolah lain yang merupakan sahabat-sahabat baik Puan Silvarmalar turut dijemput.












MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMBUN KALI KE 37

Tarikh     : 21 Januari 2014
Hari        : Selasa
Masa      : 2.00 petang
Tempat   : Dewan Terbuka SK Tambun
Perasmi  : YB Datuk Hj Ahmad Aminuddin bin Hanafiah
                ADUN HULU KINTA, IPOH, PERAK


Seawal jam 2 petang, perkarangan SK Tambun sudah dipenuhi oleh ibu bapa yang mendaftar untuk kehadiran mesyuarat. Tepat jam 2.30 petang adalah ketibaan tetamu kehormat YB Datuk Haji Aminuddin bin Hanafiah. 
Majlis dibahagi kepada tiga sidang seperti berikut:

Sidang 1
-Perasmian Mesyuarat
- Kata aluan Pengacara Majlis
- Bacaan doa
- Ucapan Guru Besar
- Ucapan YDP PIBG
- Ucapan perasmian oleh YB Datuk Haji Aminuddin bin Hanafiah
- Penyampaian Sijil Penghargaan
- Gimik Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia
- Penyampaian cenderahati

Sidang 2 
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 37 dimulakan.

Sidang 3
Penyampaian Bantuan Khas Persekolahan 1Malaysia

Majlis telah berakhir pada jam 6.00 petang.







 
Semua bahan dan pandangan bukan melambangkan pendapat atau keputusan pihak pengurusan