Prasekolah Sk Tambun telah melakar kejayaan yang cukup manis apabila bergelar Johan Pertandingan Nasyid sempena Karnival Peringkat Negeri yang telah berlansung di Institut Latihan Statistik Sungkai pada 22 Ogos 2015 yang lalu. Prasekolah SK tambun mewakili Daerah Kinta Utara merupakan kumpulan kelapan yang mengadakan persembahan pada hari tersebut. Pertandingan ini turut disertai oleh daerah-daerah lain di negeri Perak. Pasukan nasyid Prasekolah atau lebih dikenali dengan nama Little Mawaddah telah dibimbing oleh guru prasekolah, Puan Wan Suhana dan Puan Rahimi dan dibantu oleh pembantu prasekolah iaitu Puan Norida dan Puan Ruhaishah. Turut menyumbang dalam kejayaan pasukan Little Mawaddah ialah Cikgu Rofi, Ustaz Shamsul, Puan Asyrihan, Puan Hajah Zarinah serta sokongan padu dari guru besar SK Tambun, Puan Hajah Che Wa bt Saad.