SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2015'

AKTIVITI SK TAMBUN

Thursday 24 April 2014

PELANCARAN PROGRAM PEMANTAPAN PEMBUDAYAAN ADAB MURID 2014

Majlis pelancaran Program Pemantapan Pembudayaan Adab Murid SK Tambun telah dijalankan dengan jayanya pada 21 April 2014 bersamaan hari Isnin di Dewan Merdeka SK Tambun. Majlis telah bermula seawal jam 7.30 pagi dan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zikhirwan bin Abd Latif. Seterusnya Guru Besar memberikan ucapan dan menyempurnakan gimik pelancaran diiringi oleh guru-guru penolong kanan sekolah.

Bagi memberikan lebih kefahaman kepada murid-murid dan guru-guru, satu tayangan slaid dipertontonkan
 yang menerangkan lebih lanjut berkenaan program ini.Ciri-ciri yang terkandung dalam 8S adalah Senyum, Sapa, Salam, Sopan, Sayang, Sabar, Sensitif, Segera. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang untuk Program 8S ialah taklimat disiplin kepada ibubapa dan murid-murid, Pemantauan disiplin berterusan. program Guru Penyayang dan kursus-kursus untuk pengawas sekolah.

Majlis pada pagi itu telah diserikan dengan persembahan oleh murid-murid Tahun 4 yang menyanyikan lagu Senyum sebagai lagu tema pelancaran. Seterusnya, Guru Besar SK Tambun menyempurnakan penyampaian anugerah Lencana Sahsiah Terpuji kepada beberapa orang murid Tahun 6. Majlis bersurai pada jam 8.10 pagi.




Ucapan perasmian oleh Guru Besar, Pn Hjh Che Wa bt Saad

Orang kuat Program 8S, Puan Naseha bt Ahmad, PK HEM

Gimik pelancaran program 8S

Persembahan lagu Senyum oleh murid-murid SK Tambun

Tayangan slaid tentang 8S

Pemberian anugerah Sahsiah Terbaik kepada murd-murid yang terpilih

Thursday 17 April 2014


Sila taip URL berikut untuk melayari sesi Frog bersama SK Tambun.


http://aba2004.1bestarinet.net/app/os

BULAN MATEMATIK 2014

Perasmian Bulan Matematik bagi tahun 2014 telah dilancarkan pada 14 April 2014, Isnin bermula jam 7.30 pagi di Dewan Merdeka SK Tambun. Perasmian telah disempurnakan oleh Puan Hajah Che Wa bt Saad, Guru Besar SK Tambun.




Aturcara telah dimulakan pada jam 7.30 pagi dengan bacaan doa oleh En Mohd Saiful bin Abu Bakar, salah seorang guru Matematik SK Tambun. Seterusnya, Ketua Panitia Matematik iaitu Puan Hasmimah Hanim bt Jalil telah memberikan taklimat ringkas berkenaan program-program yang akan dijalankan sepanjang Bulan Matematik.
Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

  • Latinda 5 minit
  • Petak Ajaib
  • Bijak Sifir
  • Mantap Rumus
  • Sifira Challenge
  • Early Birds
  • Maths is Fun
  • ADD
  • Sudoku
  • Kuiz HOTS
  • KBAT/SOLAF
  • Catur
  • Mengenali Tokoh
Majlis diteruskan kemudiannya dengan mendengar ucapan perasmian oleh Puan Hjh Che Wa bt Saad, Guru Besar SK Tambun. Sesudah guru besar merasmikan majlis, semua hadirin disajikan dengan persembahan oleh murid-murid SK Tambun yang menyanyikan lagu tema Bulan Matematik.
Majlis perasmian tamat pada jam 8.50 pagi.



Bacaan doa oleh Cikgu Saiful

Ucapan perasmian oleh Puan Hjh Che Wa bt Saad

Taklimat program oleh Puan Hasmimah Hanim bt Jalil

Persembahan oleh murid-murid SK Tambun


Persembahan oleh murid-murid SK Tambun

 
Semua bahan dan pandangan bukan melambangkan pendapat atau keputusan pihak pengurusan