SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2015'

AKTIVITI SK TAMBUN

Sunday 28 July 2013

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN KALI KE 40 SK TAMBUN 2013


Pada tanggal 6 Julai 2013 SK Tambun telah menganjurkan Kejohanan Padang dan Balapan kali ke 40 buat julung kalinya bertempat di Padang SJKC Hing Hwa, Tambun. Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato Aminuddin Hj Md Hanafiah (ADUN Hulu Kinta) Aturcara kejohanan telah bermula seawal jam 8.00 pagi dengan menyambut ketibaan tetamu kehormat, perbarisan lintas hormat, bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Pn Hjh Che Wa bt Saad, Guru Besar SK Tambun. Acara sukan dimulakan pada pukul 9.15 pagi. Berbagai-bagai acara yang dipertandingkan antaranya acara murid-murid pendidikan khas, 100 meter lelaki dan perempuan, 200 meter lelaki dan perempuan, 4 x 100 lelaki dan perempuan, acara ibubapa dan pegawai, serta acara tarik tali. Majlis bersurai kira-kira pukul 11.30 tengahari.

(Untuk melihat lebih banyak gambar sila layari http://www.facebook.com/media/set/?set=a.692556340770923.1073741843.225881914105037&type=3)



Bersedia untuk berbaris.

Adikku lari gagah berani...




.

Monday 22 July 2013

PROGRAM HALAQAH SENTUHAN QALBU & MAJLIS KONFERENSI TAHUN 6 2013

Satu majlis dinamakan Program Halaqah Sentuhan Qalbu dan Majlis Konferensi Tahun 6 2013 telah diadakan pada hari Sabtu bertarikh 15 Jun 2013. Program diadakan bermula jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari bertempat di Dewan Merdeka  SK Tambun. Antara pengisian program ini ialah Forum Anakku Permata hatiku oleh Tn Hj Basri bin Abdullah iaitu perunding YAPEIM. Selepas itu, majlis konferensi Tahun 6 antara pihak sekolah dan ibubapa telah diadakan. Majlis berakhir pada pukul 12.30 tengahari

PELANCARAN BULAN SAINS 2013

Tarikh       : 8 Mei 2013
Masa        : 12.30 - 1.30 tengahari
Tempat     : Dewan Merdeka
Perasmi    : Pn Hjh Che Wa Saad

Tentatif Pelancaran :

12.30 tengahari : Murid berkumpul di dewan
                          Ucapan alu-aluan Pengerusi majlis
                          Persembahan murid
                          Ucapan Guru Besar & Perasmian Bulan Sains
                          Persembahan Puisi
                          Nyanyian Lagu " Sungai Lui"
1.30 tengahari  :  Majis bersurai


Program-program sepanjang Bulan Sains
Tahun 1 - Kuiz Dunia Sains dan Teknologi
Tahun 2 - TMK (KOmputer dan Internet)
Tahun 3 - Buku Skrap (Tumbuhan)
Tahun 4 - Rekacipta (Kereta Futuristik)
Tahun 5 - Saintis Muda
Tahun 6 - Rekacipta (Bahan Terbuang)

Persembahan gimik oleh murid-murid tahun 5 Bestari

Persembahan lagu Sungai Lui

Tayangan video sempena perasmian Bulan Sains


Gimik Perasmian 







Persembahan puisi oleh murid Tahun 6

Persembahan puisi oleh murid Tahun 6


Sudut pameran Sains

Tuesday 16 July 2013

PELANCARAN BULAN MATEMATIK SK TAMBUN 2013

Bulan Matematik 2013 telah dilancarkan di SK Tambun pada 8 April 2013 bertempat di Dewan Merdeka SK Tambun. Majlis pelancaran telah bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 8.10 pagi. Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Zikhirwan. Majlis diteruskan dengan ucapan guru bertugas, Puan Hjh Nadhirah, diikuti dengan ucapan oleh wakil Ketua Panitia, Puan Asyrihan selaku setiausaha Panitia Matematik. Kemudian guru besar memberikan ucapan beliau sebelum merasmikan Bulan Matematik SK Tambun 2013. Majlis diserikan dengan gimik pelancaran oleh murid-murid Tahun 3 SK Tambun. Majlis bersurai pada pukul 8.10 pagi. Antara aktiviti yang dijalankan sempena Bulan Matematik ialah Puzzle/ Maze(Tahun 1), Spider Web (Tahun 2), Possible Products (Tahun 3), Cepat Tepat (Tahun 4), Teka Silang Kata (Tahun 5) dan Pertandingan Membuat Buku Skrap (Tahun 6).








PELANCARAN BULAN BAHASA MALAYSIA 2013

Tarikh : 4 Mac 2013
Masa: 7.30 pagi hingga 8.10 pagi
Tempat: Dewan Merdeka SK Tambun
Perasmi : Pn Hjh Che Wa bt Saad, Guru Besar SK Tambun

Tentaif Pelancaran:
7.30 pagi - Nyanyian lagu Negaraku
               - Bacaan Doa
               - Ucapan Guru Bertugas
                  (AJK Panitia BM)
               - Ucapan Guru Besar
                  (Perasmi Pelancaran)
               - Persembahan
                  (Deklamasi Sajak)
8.10 pagi - Bersurai

Aktiviti Bulan Bahasa Malaysia:
1) Program Nilam (Pertandingan Banyak Membaca)
2) Program Early Bird -membuat latihan Bahasa Malaysia di perhimpunan pagi
3) Tahun 1 - Pertandingan Tulisan Cantik
4) Tahun 2 - Pertandingan Tulisan Berangkai
5) Tahun 3 - Pertadningan Mengeja
6) Tahun 4 - Pertandingan Bijak Antonim
7) Tahun 5 - Pertandingan Cekap Kata Ganda Berirama
8) Tahun 6 - Pertandingan Cekap Kata Ganda Separa







MOTIVASI & KURSUS KEIBUBAPAAN 2013

Tarikh: 2 Februari 2013
Hari : Sabtu
Masa: 8.00 pagi

Ceramah Motivasi Oleh:
Tuan Hj Abdul kahar b Awang Karim
Penolong Pengarah Bahasa Arab
Unit Pengurusan Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Perak

Aturcara Program :

8.00 pagi                        - Pendaftaran
8.10 pagi                        - Ucapan aluan & Doa
8.15 pagi                        - Ucapan YDP PIBG
                                         En Ibrahim bin Abd Rauf
8.30 pagi                        - Ceramah motivasi oleh:

                                         Tn Hj Abdul Kahar b Awang Karim
                                         Pen Pengarah Bahasa Arab
                                         Unit Pengurusan Pendidikan Islam
                                         Jabatan Pelajaran Perak

10.30 pagi                      - Sesi Soal Jawab
11.00 pagi                      - Pembentangan TOV & Target ( Guru Besar)
                                      - Majlis Aku Janji 
                                      - Murid
                                      - Ibu Bapa
                                      - Guru
                                      - Nyanyian lagu 'Fikirkan Boleh'
                                      - Perbincangan ibubapa dan Guru
 
12.30 tengahari              - Bersurai

PELANCARAN BULAN BAHASA INGGERIS 2013

Sambutan Bulan Bahasa Inggeris 2013 telah dilancarkan pada 4 Februari 2013 dengan tema " English Is Fun" bertempat di Dewan Merdeka SK Tambun. Majlis bermula jam 8.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri perak dan lagu sekolah, diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Zikhirwan. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan diserikan dengan persembahan gimik oleh murid-murid Sk Tambun. Majlis telah berakhir pada pukul 8.10 pagi.

Murid-murid SK Tambun

Ucapan perasmian majlis oleh Guru Besar, Pn Hjh Che Wa bt Saad

Gimik pelancaran


Banner Pelancaran Bulan Bahasa Inggeris






Persembahan oleh murid-murid

Persembahan oleh murid-murid

PELANCARAN PROGRAM NILAM SK TAMBUN 2013

NILAM
Nadi Ilmu Amalan Membaca

Tarikh   : 14 Januari 2013
Hari      : Isnin 
Masa    : 7:30 pagi hingga 8.10 pagi
Tempat : Dewan Merdeka SK Tambun
Perasmi : Puan Hajah Che Wa bt Saad


Aturcara:

7.30 pagi - Lagu Negaraku
               - Bacaan Doa
               - Ucapan GPM
               - Ucapan Guru Besar
               - Gimik PelancaranNilam
               - Persembahan Murid:
                        ~ Sajak
                        ~ Pantun
                        ~ Syair
         
               - Persembahan Hadiah Nilam
               - Lagu Nilam
8.10 pagi - Bersurai


APA ITU PROGRAM NILAM:

Matlamat: Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan pelajar

Objektif: 
- Menjadikan murid suka membaca
- Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Tahap Pencapaian Nilam

1) Tahap Jauhari - Membina kemahiran dan minat membaca sehingga terbinanya satu tabiat. Aktiviti menjurus kepada penguasaan kemahiran membaca yang berterusan.
2) Tahap rakan Pembaca - Kebolehan murid membimbing dan menarik minat rakan lain supaya suka membaca. Pelajar layak menjalankan aktiviti rakan Pembaca setelah membaca 100 buah buku.

Aktiviti Rakan Pembaca
- Bercerita
- Membaca Bersama
- Bicara Buku
- Pinjaman Buku


Elemen Nilam
1. Rekod Jauhari dan Rakan Pembaca dilengkapkan
2. Pengesahan Pembacaan dan Aktiviti
3. Ganjaran / Pengiktirafan

Ganjaran & Pengiktirafan Bulanan/ Tahunan
~ Hadiah
~ Lencana
~ Buku rekod Kemajuan

Keseluruhan (Tahun 6)

~ Sijil berhenti Sekolah
~ Surat Akuan Sekolah
~ Sijil


                                         

Monday 15 July 2013

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2013 M

Tarikh: 23 Januari 2013 M / 11 Rabiulawal 1434 H
Masa : 12.00 Tengahari hingga 1.30 petang
Tempat : Dewan Merdeka SK Tambun

Tentatif Program:

12.00 Tengahari : Murid berkumpul di dalam Dewan
Bacaan Selawat

12.30 Tengahari : Ceramah oleh En Mohd Salahudin bin Abas
Sekolah Kebangsaan haji Mahmud, Chemor

Tayangan Video ( Bilik PPSMI)
Penyampaian Cenderahati

1.30 Petang : Bersurai

MAJLIS JASAMU DIKENANG, PUAN ZAINAB BT HJ KULUB MOHD NASIR

        Sempena persaraan Puan Zainab bt Hj Kulub Mohd Nasir, satu majlis telah diadakan pada 1 Februari 2013 di SK Tambun. Puan Zainab mula berkhidmat pada tahun 1979 dan tamat perkhidmatan pada tahun 2013.Beliau dilahirkan pada tanggal 2 Februari 1955 di Kampung Kati, Kuala Kangsar Perak. Merupakan anak ke 5 dari 6 orang adik beradik, telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kati, Kuala Kangsar sekitar tahun 1962 hingga 1967. Beliau mendapat pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Raja Perempuan Kalsom, Kuala Kangsar (1968 - 1973) dan kemudiannya menyambung pengajian di Tingkatan 6 Rendah dan Atas di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan (1973 - 1974). Pada tahun 1977 hingga 1979 beliau menyambung pengajian di Maktab Perempuan Raja Melewar dalam kursus Bahasa Malaysia dan Sejarah. Perkahwinannya bersama En Jatarona bin Mohd Nor, juga seorang pendidik telah membuahkan kebahagiaan dengan kehadiran 3 orang cahayamata iaitu 2 orang perempuan dan seorang lelaki.  



Pentas yang dihias indah sempena persaraan Kak Nab.

Kereta yang akan membawa Puan Zainab pulang ke rumah.

Puan Zainab bersama barisan pentadbir SK Tambun.

Cikgu Shikin, bekas guru SK Tambun turut sama hadir memeriahkan majlis persaraan KakNab.

Cikgu Zainab melambai-lambai warga SK Tambun sebelum bertolak pulang ke rumahnya.

Puan Zainab bergambar bersama-sama rakan seperjuangan di SK Tambun.

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN 2013


Pada tanggal 21 Januari 2013 bersamaan hari Isnin telah berlangsung Majlis Penyampaian Bantuan Khas Persekolahan di Dewan Merdeka SK Tambun. Penyampaian bantuan disempurnakan oleh YB Dato Hj Nadzri bin Ismail, Adun Manjoi. Bantuan Khas Persekolahan ini telah diumumkan dalam Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak. Majlis berlangsung dari pukul 4.00 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang.



Kedatangan YB Dato Hj Nadzri bin Ismail, Adun Manjoi
 
Guru-Guru SK Tambun yang berdedikasi

Ucapan Perasmian oleh YB Dato Haji Nadzri bin Ismail, Adun Manjoi



Taklimat Sarana Sekolah oleh Guru Besar, Pn Hjh Che Wa bt Saad

Sebahagian Ibubapa yang hadir.



 
Semua bahan dan pandangan bukan melambangkan pendapat atau keputusan pihak pengurusan