SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2015'

AKTIVITI SK TAMBUN

Thursday 3 September 2015

PRASEKOLAH SK TAMBUN JOHAN NASYID PERINGKAT NEGERI



          Prasekolah Sk Tambun telah melakar kejayaan yang cukup manis apabila bergelar Johan Pertandingan Nasyid sempena Karnival Peringkat Negeri yang telah berlansung di Institut Latihan Statistik Sungkai pada 22 Ogos  2015 yang lalu. Prasekolah SK tambun mewakili Daerah Kinta Utara merupakan kumpulan kelapan yang mengadakan persembahan pada hari tersebut. Pertandingan ini turut disertai oleh daerah-daerah lain di negeri Perak. Pasukan nasyid Prasekolah atau lebih dikenali dengan nama Little Mawaddah telah dibimbing oleh guru prasekolah,  Puan Wan Suhana dan Puan Rahimi dan dibantu oleh pembantu prasekolah iaitu Puan Norida dan Puan Ruhaishah. Turut menyumbang dalam kejayaan pasukan Little Mawaddah ialah Cikgu Rofi, Ustaz Shamsul, Puan Asyrihan, Puan Hajah Zarinah serta sokongan padu dari guru besar SK Tambun, Puan Hajah Che Wa bt Saad. 

Wednesday 23 July 2014

APAKAH FROG VLE?

Apakah itu Frog VLE?

Bayangkan Frog sebagai satu rangkaian sosial untuk sekolah.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.


PEMBELAJARAN MELANGKAUI SEMPADAN

Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.

Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.






Guru visitytl_btn
Pelajar visitytl_btn
Ibu Bapa visitytl_btn
Frog adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk mengangkat sistem pengajaran ke satu tahap baru sepenuhnya. Anda boleh memberi tugasan serta mengetahui tentang kerja dan markah pelajar, menghasilkan sumber pengajaran dan berhubung dengan rakan-rakan pendidik lain. Rancang masa anda dengan lebih baik dengan kalendar yang membolehkan anda untuk melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara.Pembelajaran adalah menyeronokkan dan dapat diperibadikan dengan Frog. Terokai video, permainan dan pos-pos yang mengujakan di The Pond, reka sendiri laman utama anda, muat naik dan simpan fail di awan, selesaikan tugasan pada bila-bila masa, di mana jua dan kongsikan idea-idea anda yang hebat dengan rakan-rakan sekelas serta guru-guru.Ketahui tentang acara-acara sekolah, laporan PIBG serta notis sekolah menerusi kalendar dan papan notis sekolah, cari semua butir perhubungan yang anda perlukan di halaman Hubungi Sekolah dan muat turun borang keizinan dan dokumen-dokumen penting yang lain mengikut keselesaan anda.


Thursday 17 July 2014

MODUL PANDUAN IBU BAPA - PENGGUNAAN 1 BESTARINET VLE FROG

Adalah dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan satu laman pembelajaran secara maya, FROGVLE.  Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai ibu bapa, tuan/puan akan dapat mengakses Dashboard Sekolah serta Laman Notis Ibu Bapa yang mempunyai maklumat khas yang akan dipaparkan oleh pihak sekolah.

SILA LAYARI LINK DI BAWAH UNTUK MENDAPATKAN MODUL PANDUAN IBU BAPA - PENGGUNAAN 1 BESTARINET VLE FROG.

http://www.slideshare.net/marzieanshapian/module-1-bestarinet-vle-ibu-bapa


Thursday 24 April 2014

PELANCARAN PROGRAM PEMANTAPAN PEMBUDAYAAN ADAB MURID 2014

Majlis pelancaran Program Pemantapan Pembudayaan Adab Murid SK Tambun telah dijalankan dengan jayanya pada 21 April 2014 bersamaan hari Isnin di Dewan Merdeka SK Tambun. Majlis telah bermula seawal jam 7.30 pagi dan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zikhirwan bin Abd Latif. Seterusnya Guru Besar memberikan ucapan dan menyempurnakan gimik pelancaran diiringi oleh guru-guru penolong kanan sekolah.

Bagi memberikan lebih kefahaman kepada murid-murid dan guru-guru, satu tayangan slaid dipertontonkan
 yang menerangkan lebih lanjut berkenaan program ini.Ciri-ciri yang terkandung dalam 8S adalah Senyum, Sapa, Salam, Sopan, Sayang, Sabar, Sensitif, Segera. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang untuk Program 8S ialah taklimat disiplin kepada ibubapa dan murid-murid, Pemantauan disiplin berterusan. program Guru Penyayang dan kursus-kursus untuk pengawas sekolah.

Majlis pada pagi itu telah diserikan dengan persembahan oleh murid-murid Tahun 4 yang menyanyikan lagu Senyum sebagai lagu tema pelancaran. Seterusnya, Guru Besar SK Tambun menyempurnakan penyampaian anugerah Lencana Sahsiah Terpuji kepada beberapa orang murid Tahun 6. Majlis bersurai pada jam 8.10 pagi.




Ucapan perasmian oleh Guru Besar, Pn Hjh Che Wa bt Saad

Orang kuat Program 8S, Puan Naseha bt Ahmad, PK HEM

Gimik pelancaran program 8S

Persembahan lagu Senyum oleh murid-murid SK Tambun

Tayangan slaid tentang 8S

Pemberian anugerah Sahsiah Terbaik kepada murd-murid yang terpilih

Thursday 17 April 2014


Sila taip URL berikut untuk melayari sesi Frog bersama SK Tambun.


http://aba2004.1bestarinet.net/app/os

BULAN MATEMATIK 2014

Perasmian Bulan Matematik bagi tahun 2014 telah dilancarkan pada 14 April 2014, Isnin bermula jam 7.30 pagi di Dewan Merdeka SK Tambun. Perasmian telah disempurnakan oleh Puan Hajah Che Wa bt Saad, Guru Besar SK Tambun.




Aturcara telah dimulakan pada jam 7.30 pagi dengan bacaan doa oleh En Mohd Saiful bin Abu Bakar, salah seorang guru Matematik SK Tambun. Seterusnya, Ketua Panitia Matematik iaitu Puan Hasmimah Hanim bt Jalil telah memberikan taklimat ringkas berkenaan program-program yang akan dijalankan sepanjang Bulan Matematik.
Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

  • Latinda 5 minit
  • Petak Ajaib
  • Bijak Sifir
  • Mantap Rumus
  • Sifira Challenge
  • Early Birds
  • Maths is Fun
  • ADD
  • Sudoku
  • Kuiz HOTS
  • KBAT/SOLAF
  • Catur
  • Mengenali Tokoh
Majlis diteruskan kemudiannya dengan mendengar ucapan perasmian oleh Puan Hjh Che Wa bt Saad, Guru Besar SK Tambun. Sesudah guru besar merasmikan majlis, semua hadirin disajikan dengan persembahan oleh murid-murid SK Tambun yang menyanyikan lagu tema Bulan Matematik.
Majlis perasmian tamat pada jam 8.50 pagi.



Bacaan doa oleh Cikgu Saiful

Ucapan perasmian oleh Puan Hjh Che Wa bt Saad

Taklimat program oleh Puan Hasmimah Hanim bt Jalil

Persembahan oleh murid-murid SK Tambun


Persembahan oleh murid-murid SK Tambun

 
Semua bahan dan pandangan bukan melambangkan pendapat atau keputusan pihak pengurusan