SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2015'

AKTIVITI SK TAMBUN

Thursday 24 April 2014

PELANCARAN PROGRAM PEMANTAPAN PEMBUDAYAAN ADAB MURID 2014

Majlis pelancaran Program Pemantapan Pembudayaan Adab Murid SK Tambun telah dijalankan dengan jayanya pada 21 April 2014 bersamaan hari Isnin di Dewan Merdeka SK Tambun. Majlis telah bermula seawal jam 7.30 pagi dan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zikhirwan bin Abd Latif. Seterusnya Guru Besar memberikan ucapan dan menyempurnakan gimik pelancaran diiringi oleh guru-guru penolong kanan sekolah.

Bagi memberikan lebih kefahaman kepada murid-murid dan guru-guru, satu tayangan slaid dipertontonkan
 yang menerangkan lebih lanjut berkenaan program ini.Ciri-ciri yang terkandung dalam 8S adalah Senyum, Sapa, Salam, Sopan, Sayang, Sabar, Sensitif, Segera. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang untuk Program 8S ialah taklimat disiplin kepada ibubapa dan murid-murid, Pemantauan disiplin berterusan. program Guru Penyayang dan kursus-kursus untuk pengawas sekolah.

Majlis pada pagi itu telah diserikan dengan persembahan oleh murid-murid Tahun 4 yang menyanyikan lagu Senyum sebagai lagu tema pelancaran. Seterusnya, Guru Besar SK Tambun menyempurnakan penyampaian anugerah Lencana Sahsiah Terpuji kepada beberapa orang murid Tahun 6. Majlis bersurai pada jam 8.10 pagi.




Ucapan perasmian oleh Guru Besar, Pn Hjh Che Wa bt Saad

Orang kuat Program 8S, Puan Naseha bt Ahmad, PK HEM

Gimik pelancaran program 8S

Persembahan lagu Senyum oleh murid-murid SK Tambun

Tayangan slaid tentang 8S

Pemberian anugerah Sahsiah Terbaik kepada murd-murid yang terpilih

0 comments:

Post a Comment

 
Semua bahan dan pandangan bukan melambangkan pendapat atau keputusan pihak pengurusan