1.
|
Mengapakah KSSR diperkenalkan?
|
|
Jawapan :
KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik
kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta
menghadapi cabaran abad ke-21.
|
|
|
2.
|
Apakah maksud Kurikulum
Standard?
|
|
Jawapan :
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri
daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu
dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran didefinisikan seperti berikut:
- Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid
patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
- Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk
(indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi
setiap standard kandungan.
|
|
|
3.
|
Apakah perbezaan KSSR dengan
KBSR?
|
|
Jawapan :
KSSR
|
KBSR
|
Reka bentuk kurikulum
berasaskan 6 Tunjang:
• Komunikasi
• Kerohanian, Sikap & Nilai
• Kemanusiaan
• Perkembangan Fizikal & Estetika
• Sains dan Teknologi
• Keterampilan Diri
|
Reka bentuk kurikulum
berasaskan 3 Bidang:
• Komunikasi
• Manusia dan Alam Kelilingnya
• Perkembangan Diri Individu
|
Bahan Kurikulum:
• Dokumen Standard Kurikulum
|
Bahan Kurikulum:
• Sukatan Pelajaran
|
Reka bentuk kurikulum:
• Modular
|
Reka bentuk kurikulum:
• Linear
|
Organisasi Kurikulum:
Tahap I (Tahun 1, 2 & 3)
• Modul Teras Asas, Modul Teras Tema & Modul Elektif
Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)
• Mata pelajaran Teras & Elektif
|
Organisasi Kurikulum:
Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) dan
• Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan
Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)
• Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan
|
Elemen Kreativiti dan Inovasi,
Keusahawanan dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) secara
eksplisit
|
Elemen Kemahiran Berfikir
Secara Kritis dan Kreatif
|
Fokus:
4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul)
|
Fokus:
3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
|
|
|
|
4.
|
Adakah terdapat perubahan mata
pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?
|
|
Jawapan :
Ya. Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat beberapa mata pelajaran baru di
samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul Teras Asas,
Modul Teras Tema dan Modul Elektif untuk pengurusan kurikulum yang lebih
berkesan.
|
|
|
5.
|
Mengapakah Modul Teras Tema
diperkenalkan?
|
|
Jawapan :
Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran
di tahap satu. Modul Teras Tema mengandungi tema Dunia Kesenian dan
tema Dunia Sains dan Teknologi (DST). Dalam tema Dunia Kesenian,
terdapat dua mata pelajaran, iaitu Seni Visual dan Muzik. Tema DST
mengandungi elemen mata pelajaran Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).
|
|
|
6.
|
Mengapakah Sains tidak dijadikan
Modul Teras Asas?
|
|
Jawapan :
Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi
fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan
rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema
untuk memberi pengetahuan asas tentang disiplin ilmu Sains.
|
|
|
7.
|
Mengapakah peruntukan masa untuk
Pendidikan Islam di SJK (C) dan SJK (T) dikurangkan berbanding di SK?
|
|
Jawapan :
Di SJK (C) dan SJK (T),
peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil ialah 360
minit. Jika peruntukan masa Pendidikan Islam disamakan dengan di SK, maka
murid akan balik lewat kerana belajar lebih daripada 1380 minit seminggu.
|
|
|
8.
|
Bolehkah sekolah membuat
penjurusan (streaming) dalam KSSR?
|
|
Jawapan :
KSSR tidak mengalakkan penjurusan.
|
|
|
9.
|
Adakah KSSR dapat melahirkan
masyarakat yang bersahsiah?
|
|
Jawapan :
Ya. Konsep KSSR
mengandungi tunjang keterampilan diri yang memastikan murid dididik dan
dibimbing supaya memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi
melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum.
|
|
|
10.
|
Siapakah yang akan mengajar
Dunia Sains dan Teknologi?
|
|
Jawapan :
Guru yang paling sesuai mengajar DST ialah guru beropsyen Sains.
|
|
|
11.
|
Perlukah murid Tahun 1 belajar
TMK?
|
|
Jawapan :
Ya, semua murid Tahun 1 perlu belajar kemahiran asas TMK supaya murid dapat
menggunakan kemahiran tersebut dalam semua disiplin ilmu.
|
|
|
12.
|
Bolehkah Elemen Merentas
Kurikulum tidak digunakan dalam P&P?
|
|
Jawapan :
Elemen Merentas Kurikulum(EMK) tidak perlu digunakan dalam setiap
kali sesi p&p tetapi ia perlu diaplikasikan dalam p&p yang
bersesuaian.
|
|
|
13.
|
Bilakah elemen TMK diajar dalam
Dunia Sains dan Teknologi?
|
|
Jawapan :
Kemahiran asas TMK amat penting diajar kepada murid Tahun 1 dan
dicadangkan supaya ianya diajarkan pada awal tahun.Kemahiran asas ini boleh
juga diajar dalam elemen Sains menggunakan TMK. Elemen TMK dapat
dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas
kurikulum dalam disiplin ilmu lain.
|
|
|
14.
|
Berapakah bilangan minimum dan
maksimum standard kandungan serta standard pembelajaran TMK yang perlu
diajar dalam seminggu?
|
|
Jawapan :
Tiada bilangan minima atau
maksima yang ditentukan dalam seminggu kerana tahap kebolehan murid yang
berbeza-beza. Walau bagaimanapun semua standard kandungan dan standard
pembelajaran perlu dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti mana
yang digariskan dalam DSK TMK.
|
|
|
15
|
Adakah murid akan berasa bosan
di kelas dengan penambahan waktu Bahasa Inggeris?
|
|
Jawapan :
Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk
menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik
hibur dan apresiasi bahasa. P & P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan
melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan
bahan bantu mengajar lain yang sesuai.
|
|
|
16
|
Apakah tindakan guru sekiranya
murid tidak mencapai standard yang ditetapkan?
|
|
Jawapan :
Guru perlu membuat tindak susul yang berterusan seperti menjalankan
pemulihan untuk memastikan murid akhirnya mencapai standard yang
ditetapkan.
|
|
|
17.
|
Adakah buku teks disediakan bagi
semua mata pelajaran tahun 1?
|
|
Jawapan :
Ada, kecuali Dunia Seni Muzik dan Seni Visual tidak disediakan buku
teks. Walau bagaimanapun, buku panduan pengajaran disediakan untuk
mata pelajaran ini.
|
|
|
18.
|
Adakah semua murid belajar
menggunakan komputer bagi Elemen Merentas Kurikulum - Teknologi
Maklumat dan Komunikasi?
|
|
Jawapan :
Bagi EMK yang melibatkan TMK (EMK-TMK), murid boleh menggunakan peralatan
TMK sedia ada di sekolah seperti komputer, cakera padat, Internet dan
lain-lain mengikut kesesuaian topik. Bagi guru pula, 3 pendekatan
yang dicadangkan boleh diguna pakai dalam melaksanakan EMK-TMK iaitu:
• Murid menggunakan komputer riba di dalam kelas, komputer dipusat akses
dan juga di makmal komputer bagi tujuan menyiapkan hasil kerja yang
dikehendaki
• Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD dalam kelas bagi
tujuan pengajaran menggunakan perisian kursus dan bahan digital
• Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD di dalam kelas
melibatkan aktiviti interaktif bersama murid atau guru menggunakan komputer
di dalam makmal komputer bagi tujuan p&p bersama murid
|
|
|
19.
|
Bagaimanakah EMK-TMK hendak
dijalankan sekiranya semua guru hendak menggunakan makmal dalam satu masa?
|
|
Jawapan :
Prasarana yang terdapat di sekolah seperti Makmal Komputer, Pusat Akses dan
komputer riba hendaklah digunakan secara optima oleh guru dalam p&p
EMK-TMK. Pentadbir pula harus memastikan semua kemudahan tersebut
berada dalam keadaan baik yang boleh diakses pada waktu persekolahan.
Sekiranya guru ingin menggunakan makmal komputer, pihak sekolah perlu
menyediakan jadual penggunaan dan borang tempahan.
|
|
|
20
|
Bagaimanakah sekolah yang tidak
mempunyai capaian internet dapat melaksanakan pembelajaran yang melibatkan
komputer?
|
|
Jawapan :
Semua sekolah telah dibekalkan capaian internet melalui program Rangkaian
SchoolNet KPM dan tidak semua topik di dalam EMK-TMK memerlukan capaian
Internet. Sekiranya pihak sekolah menghadapi masalah capaian
Internet, sekolah bolehlah menghubungi pihak yang telah di
pertanggungjawabkan atau JPN. Sekolah juga telah dimaklumkan melalui
pekeliling KP.BTMK 1/044/01 Jld. 11 (11) bertarikh 13 November 2008 bahawa
capaian alternatif boleh digunakan.
|
|
|
21
|
Apakah usaha yang dilakukan bagi
menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?
|
|
Jawapan :
KPM telah menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru yang
terlibat dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan
boleh mengakses maklumat daripada laman web di KPM seperti yang
berikut: http://www.moe.gov.my/bpk
|
|
|
22
|
Adakah KSSR mampu mendorong
kreativiti guru dan murid dalam p&p?
|
|
Jawapan :
KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui
pendekatan p&p seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas
kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk
membantu guru dalam pelaksanaan p&p.
|
|
|
23
|
Apakah saluran yang disediakan
oleh guru-guru yang menghadapi masalah berkaitan KSSR?
|
|
Jawapan :
KPM menyediakan laman web KSSR (www.moe.gov.my/bpk) untuk memudahkan guru
berinteraksi sekiranya menghadapi masalah. Selain itu, guru digalakkan
menghubungi JU, pegawai PPD atau pegawai JPN untuk mendapatkan khidmat
nasihat berkaitan KSSR.
|
|
|
24
|
Dalam tahap 1, setakat manakah
pendidikan seks diajarkan?
|
|
Jawapan :
Pendidikan Kesihatan
Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata
pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran
Pendidikan Kesihatan.
|
0 comments:
Post a Comment