SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2015'

AKTIVITI SK TAMBUN

Tuesday, 22 January 2013

MAJLIS JASAMU DIKENANG

Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan Penolong Kanan Kokurikulum Penolong Kanan Pentadbiran SK Tambun, Puan Hajah Dawiah bt Mat Isa telah diadakan pada 4 Januari 2013 bertempat di Dewan Merdeka SK Tambun, Ipoh. Semua murid dan warga sekolah telah berkumpul di dewan sejak jam 9.00 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zikhirwan diikuti dengan ucapan oleh Ketua Murid SK Tambun. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Wakil PIBG, dan Puan Guru Besar Pn Hjh Che Wa bt Saad. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan slideshow yang telah disediakan oleh Juruteknik sekolah , Encik Ahmad Suhaidi bin Suhaimi.
Semua murid dan guru tidak melepaskan peluang untuk memberikan penghargaan kepada Pn Hjh Dawiah dengan menyampaikan hadiah serta cenderahati penghargaan masing-masing . Majlis diakhiri dengan penyerahan watikah persaraan yang telah disampaikan oleh Pn Guru Besar, Pn Hjh Che wa bt Saad kepada yang diraikan Pn Hjh Dawiah bt Mat Isa. Majlis bersurai pada jam 11.00 pagi.


  

   

  
  


Saturday, 12 January 2013

KSSR


SOALAN LAZIM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
Jawapan
 1.
Mengapakah KSSR diperkenalkan?

Jawapan :

KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.

Wednesday, 12 December 2012

Buat Renungan


Tuesday, 4 December 2012

Doa Majlis Rasmi

Majlis rasmi memang selalu dianjurkan. Salah satu acara ialah bacaan doa. Berikut adalah bacaan doa yang lazim digunapakai. Sila KLIK untuk paparan atau download.

Monday, 3 December 2012

Versi Baru

Menjelang Tahun 2013, wajah blog sekolah diberi imej baru untuk menambah ceria dan mesra pelanggan. Perkembangan pesat teknologi tidak akan meminggirkan SK Tambun daripada mengikutinya. Selamat tahun baru dan menjalankan tugas dengan penuh ceria dan bersemangat kepada semua guru dan staf sekolah. Semoga tahun 2013 akan menghasilkan prestasi yang lebih cemerlang. Tahun Baru Hijrah 1434 meningkatkan azam kepada ketakwaan, tahun baru 2013 meningkatkan kecemerlangan akademik para pelajar. Insyaallah.....

Brouser



 
Semua bahan dan pandangan bukan melambangkan pendapat atau keputusan pihak pengurusan