AKTIVITI SK TAMBUN
Monday, 18 February 2013
Tuesday, 22 January 2013
MAJLIS JASAMU DIKENANG
Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan Penolong Kanan Kokurikulum
Penolong Kanan Pentadbiran SK Tambun, Puan Hajah Dawiah bt Mat Isa telah
diadakan pada 4 Januari 2013 bertempat di Dewan Merdeka SK Tambun,
Ipoh. Semua murid dan warga sekolah telah berkumpul di dewan sejak jam
9.00 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zikhirwan
diikuti dengan ucapan oleh Ketua Murid SK Tambun. Seterusnya, majlis
diteruskan dengan ucapan oleh Wakil PIBG, dan Puan Guru Besar Pn Hjh Che
Wa bt Saad. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan slideshow yang
telah disediakan oleh Juruteknik sekolah , Encik Ahmad Suhaidi bin
Suhaimi.
Semua murid dan guru tidak melepaskan peluang untuk memberikan penghargaan kepada Pn Hjh Dawiah dengan menyampaikan hadiah serta cenderahati penghargaan masing-masing . Majlis diakhiri dengan penyerahan watikah persaraan yang telah disampaikan oleh Pn Guru Besar, Pn Hjh Che wa bt Saad kepada yang diraikan Pn Hjh Dawiah bt Mat Isa. Majlis bersurai pada jam 11.00 pagi.




Semua murid dan guru tidak melepaskan peluang untuk memberikan penghargaan kepada Pn Hjh Dawiah dengan menyampaikan hadiah serta cenderahati penghargaan masing-masing . Majlis diakhiri dengan penyerahan watikah persaraan yang telah disampaikan oleh Pn Guru Besar, Pn Hjh Che wa bt Saad kepada yang diraikan Pn Hjh Dawiah bt Mat Isa. Majlis bersurai pada jam 11.00 pagi.




Posted in: JASAMU DIKENANGSaturday, 12 January 2013
KSSR
|
SOALAN LAZIM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
|
|||||
|
Jawapan
|
|||||
|
Posted in: KSSRWednesday, 12 December 2012
Tuesday, 4 December 2012
Doa Majlis Rasmi
Majlis rasmi memang selalu dianjurkan. Salah satu acara ialah bacaan doa. Berikut adalah bacaan doa yang lazim digunapakai. Sila KLIK untuk paparan atau download.
Posted in: Bacaan doaMonday, 3 December 2012
Versi Baru
Menjelang Tahun 2013, wajah blog sekolah diberi imej baru untuk menambah ceria dan mesra pelanggan. Perkembangan pesat teknologi tidak akan meminggirkan SK Tambun daripada mengikutinya. Selamat tahun baru dan menjalankan tugas dengan penuh ceria dan bersemangat kepada semua guru dan staf sekolah. Semoga tahun 2013 akan menghasilkan prestasi yang lebih cemerlang. Tahun Baru Hijrah 1434 meningkatkan azam kepada ketakwaan, tahun baru 2013 meningkatkan kecemerlangan akademik para pelajar. Insyaallah.....
Posted in: Versi baru
03:08
SK TAMBUN IPOH







