SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2015'

AKTIVITI SK TAMBUN

Sunday 28 July 2013

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN KALI KE 40 SK TAMBUN 2013


Pada tanggal 6 Julai 2013 SK Tambun telah menganjurkan Kejohanan Padang dan Balapan kali ke 40 buat julung kalinya bertempat di Padang SJKC Hing Hwa, Tambun. Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato Aminuddin Hj Md Hanafiah (ADUN Hulu Kinta) Aturcara kejohanan telah bermula seawal jam 8.00 pagi dengan menyambut ketibaan tetamu kehormat, perbarisan lintas hormat, bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Pn Hjh Che Wa bt Saad, Guru Besar SK Tambun. Acara sukan dimulakan pada pukul 9.15 pagi. Berbagai-bagai acara yang dipertandingkan antaranya acara murid-murid pendidikan khas, 100 meter lelaki dan perempuan, 200 meter lelaki dan perempuan, 4 x 100 lelaki dan perempuan, acara ibubapa dan pegawai, serta acara tarik tali. Majlis bersurai kira-kira pukul 11.30 tengahari.

(Untuk melihat lebih banyak gambar sila layari http://www.facebook.com/media/set/?set=a.692556340770923.1073741843.225881914105037&type=3)



Bersedia untuk berbaris.

Adikku lari gagah berani...




.

0 comments:

Post a Comment

 
Semua bahan dan pandangan bukan melambangkan pendapat atau keputusan pihak pengurusan