SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2015'

AKTIVITI SK TAMBUN

Tuesday 16 July 2013

PELANCARAN BULAN MATEMATIK SK TAMBUN 2013

Bulan Matematik 2013 telah dilancarkan di SK Tambun pada 8 April 2013 bertempat di Dewan Merdeka SK Tambun. Majlis pelancaran telah bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 8.10 pagi. Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Zikhirwan. Majlis diteruskan dengan ucapan guru bertugas, Puan Hjh Nadhirah, diikuti dengan ucapan oleh wakil Ketua Panitia, Puan Asyrihan selaku setiausaha Panitia Matematik. Kemudian guru besar memberikan ucapan beliau sebelum merasmikan Bulan Matematik SK Tambun 2013. Majlis diserikan dengan gimik pelancaran oleh murid-murid Tahun 3 SK Tambun. Majlis bersurai pada pukul 8.10 pagi. Antara aktiviti yang dijalankan sempena Bulan Matematik ialah Puzzle/ Maze(Tahun 1), Spider Web (Tahun 2), Possible Products (Tahun 3), Cepat Tepat (Tahun 4), Teka Silang Kata (Tahun 5) dan Pertandingan Membuat Buku Skrap (Tahun 6).









0 comments:

Post a Comment

 
Semua bahan dan pandangan bukan melambangkan pendapat atau keputusan pihak pengurusan