SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2015'

AKTIVITI SK TAMBUN

Monday 15 July 2013

MAJLIS JASAMU DIKENANG, PUAN ZAINAB BT HJ KULUB MOHD NASIR

        Sempena persaraan Puan Zainab bt Hj Kulub Mohd Nasir, satu majlis telah diadakan pada 1 Februari 2013 di SK Tambun. Puan Zainab mula berkhidmat pada tahun 1979 dan tamat perkhidmatan pada tahun 2013.Beliau dilahirkan pada tanggal 2 Februari 1955 di Kampung Kati, Kuala Kangsar Perak. Merupakan anak ke 5 dari 6 orang adik beradik, telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kati, Kuala Kangsar sekitar tahun 1962 hingga 1967. Beliau mendapat pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Raja Perempuan Kalsom, Kuala Kangsar (1968 - 1973) dan kemudiannya menyambung pengajian di Tingkatan 6 Rendah dan Atas di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan (1973 - 1974). Pada tahun 1977 hingga 1979 beliau menyambung pengajian di Maktab Perempuan Raja Melewar dalam kursus Bahasa Malaysia dan Sejarah. Perkahwinannya bersama En Jatarona bin Mohd Nor, juga seorang pendidik telah membuahkan kebahagiaan dengan kehadiran 3 orang cahayamata iaitu 2 orang perempuan dan seorang lelaki.  




Pentas yang dihias indah sempena persaraan Kak Nab.

Kereta yang akan membawa Puan Zainab pulang ke rumah.

Puan Zainab bersama barisan pentadbir SK Tambun.

Cikgu Shikin, bekas guru SK Tambun turut sama hadir memeriahkan majlis persaraan KakNab.

Cikgu Zainab melambai-lambai warga SK Tambun sebelum bertolak pulang ke rumahnya.

Puan Zainab bergambar bersama-sama rakan seperjuangan di SK Tambun.

0 comments:

Post a Comment

 
Semua bahan dan pandangan bukan melambangkan pendapat atau keputusan pihak pengurusan